Info BMK ke-9 2008
Pengarah : Lordkennylister P James, Presiden CSG-UMS
Tempat : Kg. Bundu Tohuri & Rikos, Tamparuli
Peserta : Lebih 60 Orang
Tema : “I am able to do all things through HIM who gives me strength”

Apakah itu BMK?
Belia Masuk Kampung (BMK) merupakan satu program mega yang dilaksankan oleh Catolic Student Group of University Malaysia Sabah (CSG-UMS) bagi setiap sesi pengajian di kampus. Program BMK juga merupakan program wajib bagi mencapai Visi dan Misi CSG-UMS dan juga merupakan satu pelayanan ahli-ahli CSG untuk sesama pelajar dan semua masyarakat. BMK ini sebenarnya bertujuan untuk untuk bukan sahaja membantu masyarakat yang berada di kampung, terutamanya di kawasan yang terletak jauh dari pusat pentadbiran atau bandar; dari segi kerja harian mereka tetapi juga membantu dari segi perkembangan iman mereka sebagai umat kristian. Selain itu juga, BMK ini diadakan untuk membantu belia pada masa kini terutamanya belia CSG-UMS yang sedang belajar untuk menyelami dan mengetahui erti kehidupan yang sederhana dalam suasana kampung.


CATATAN PERJALANAN BMK ke-9 by me lah...

Hari Pertama - 22 Nov 2008
(Belum dah gambar lah...Nanti sia Update balik)

Hari ni semua peserta datang mendaftar di Shan Tao. Saya datang jam9.00 coz hantar laptop tempat kawan. Sy datang pun seorang2 coz kawan2 sy x pergi. Macam sy malas mo ikut ni BMK bah tapi paksa diri juga untuk berani datang seorang2 dan baru mo kenal kwan baru.

Datang di kaunter pendaftaran, trus daftar n beli Buku True Generation untuk BMK kali ni. Semua ada tersedia di buku tu. Doa pagi, petang, rosari, Misa pun ada. Memang AJK BMK memang dah kc sediakan yg sepatutnya dan usaha diorang memang bagus.

Tema BMK kali ni “I am able to do all things through HIM who gives me strength” yg dipetik dari Filipi 4 : 13. Saya dapat melakukan apa sahaja melalui dia yang memberi saya kekuatan. Ya, dalam Yesus kita boleh melakukan apa sahaja yang mustahil, asalkan kita lakukan dengan peuh cintakasih.

Dalam ayat 1 Korintus 16:14 “Do everything in love..” Kita disuruh untuk melakukan segala2nya dalam cintakasih.

Lebih kurang jam10 ~ 11, kami buat Ice Breaking, c Sixtus bagi nametag kami secara randomly n suruh cari tuan punya miliknya. Memang mencari2 juga lah sebab blum brapa knal n masih memalu2 lagi.. Haha..

Pastu, kami nyanyi2 lagi. Ble jd penyanyi ni ikut BMK. Tiap2 ari menyanyi ja.. Haha.
Then ada pembahagian kumpulan mungkin tu, seramai 6 kumpulan daripada 66 peserta BMK. So, 1 kump brapa org? Agak2 sendiri lah.. Haha

Jam12.00pm , kami makan tengahari, walaupun x berapa sedap (hehe), namun makanan yang disediakan itu adalah salah satu rezeki yang diberi oleh Tuhan. Lepas makan, kami rehat n tido..

Dekat2 jam2, wisel berbunyi, si Lordkennylester@Lord yang tiup, suruh bangun untuk ikut sesi ceramah hari ni iaitu Cintakasih yang dikendalikan oleh En. Dennis.

Pas ceramah, 4.00pm gitu, kami beriadah knun, maen bola keranjang, kumpulan lwn kumpulan. Walaupun ala-kampung ja, syok juga lah.

Pastu, kami mandi, sedia2 pi Sunset Mass jam 6 di Sacred Heart Cathredal.

Habis mass, kami sambung sesi 2 iaitu Persediaan Rohani.

Then, habis tu, kami buat cabutan Guardian Angel. Kami akan dapat satu nama dan nama tu akan jadi Guardian Child kami. Kami kena jaga dia dari segi doa supaya dia sentiasa ok time BMK.
Sy dapat Guardian Child, perempuan. Sia ndah kenal dia mula2 tu. Last2 baru knal.. Yg dapat nama sia, sia ndah sangka betul lah. (Baca smpai akhir).. Hoho.

Then pastu, kami kena bagi baju (c Lord cakap Free tu baju). Oh Wow.. Warna merah bah, wrna kegemaran sy. Then ada penerangan skit then tido.. Habis hari pertama.

p/s : Sejuk malam tu, lupa bawa selimut. Haha..


Hari Kedua – 23 Nov 2008 (Belum dah gambar juga lah...Nanti sia Update balik)

Jam 5.30am kah, kami bangun sudah (mgkn lah..haha). Then siap sedia, packing barang, then p Doa Pagi jam6.30 pagi. Kami nyanyi2 lagi..

Jam7.30 kami sarapan pagi, ntah pa sarapan dia tu, lupa pula.

Jam8.30, sepatutnya penerangan tempat oleh wakil Paroki tapi teda yg datang, so si Lord ja lah yg bagi penerangan.

Jam9.30 gitu (agak2 knun, ikut tentatif bah ni) kami jalan, naik bas. Si Lord ada suruh mo buat Doa Rosari dlm perjalanan pi Tamparuli.

Dalam bas sdah, si Sixtus jd pemimpin kami buat doa Rosari, then mula2 macam kuat suara kami, lepas tu, tiba2 pandai perlahan (teka kenapa?).. Sebenarnya, ada urang t’tdo time berdoa tu. Haha.. Dan aku salah seorang darinya. Tetiba terlelap satu Misterium.. Hehe..

Lbih kurang jam 10.45am, kami sampai di Pekan Tamparuli. Kami turun pi membeli belah untuk makanan sendiri dan juga mo bagi keluarga angkat.

Lepas tu, kami sambung balik jalan p kampung. Jalan kampung dia bukan alang-alang. Curam oh. Sampai tu pemandu bas kami pun takut mo turun, dia punya brek ndah brapa bagus kot, bau hangus sdah gia tu. Terpaksa kami turun, jalan kaki sampai bawah. Tu belum sampai lagi tu. Klo mo jalan kaki sampai di kampung, mungkin satu hari mo jalan. Bayangkan. Haha.

Sini part yang sia menyesal skit coz time sy trun dari bas, sy xda bawa beg sandang sy yang ada hadiah untuk family angkat nanti, Fragile bah. Pa lagi, time perpindahan barang tu di, dia pecah dengan sia-sianya.. huhu..

Si Lord cakap, dia terpaksa call urang kg untuk minta bantuan transport sebab itu bas2 kami memang ndah sanggup sudah mo jalan jalanan kg tu.

Syukur, Tuhan sentiasa prihatin bah. Nda sampai sepuluh minit, ada sudah kereta dr Kg. Bundu Tohuri yg sampai. Kereta dia apa? Fuyoh... Toyota Hilux bah smua.. Mewah hidup diorang jg bah.

Ada dua hilux datang n ada lori juga. Itulah kami naik selama 20-30 minit mungkin tu. Kana ‘massage’ bah buntut kami yg naik lori.

Kami sampai, xda urang, ada juga tapi dua tiga orang ja. Tau knapa? Urang kg lain lama sudah tunggu kami bah tapi kerana kami lambat, diorang pun chow lah.. Tapi ok juga, mesra peduduk kg sana.
Kami kenal2an sama ketekis , KUK, KK sana. Diorang cakap fisrt time ada rombongan pelajar U datang.

Jam2, kami mula aktiviti sana, Sing Along n Action Song. Kami nyanyi2 lagi bah. Confirm, saya Begitu Yakin!

Then, kami ada permainan, passing getah guna pencugkil gigi (astaga), passing bola guna sudu, kumpul air guna sudu, maen lukis & teka (apa nama game ni), and action & teka (taktau juga).

Syok2 kami maen, hujan pula. Tapi nasib habis sdah game yang part A punya, yang part B punya terpaksa kansel lah.

Jam5 kot, kami mandi sungai, ui.. sejuk... Then ada doa petang, makan malam.

Jam8 kot kot, kami buat cabutan Keluarga Angkat, pilih ketua n macam2 lagi. (Tak teringat sudah bah). Nah.. dapat sudah adik/kakak/abang angkat. Sia ditakdirkan bersama tiga orang sisters.. Dua kakak, seorang adik.. Alamak seorang ja lelaki.. .

Ntah apa lagi aktiviti kami tu, aku terlupa sudah. Yang sia ingat, jam10 kami kemas barang2 n cari tempat tidor, perempuan tidur dalam chapel, kami di luar! Sia xda lagi Sleeping bag, sdah kna sruh, ndah bawa pula (tapi memang teda pun..lol)..

Malam tu, nasib cukup jga sleeping bag n tikar, dapat juga tdo beralas atas simen di luar. Pakai stokin dua lapis, seluar panjang, n tido begitu saja... Wahh.. Sejuknya! Nasib tu anjing tida pi dudun sama2.. Haha.


Hari Ketiga – 24 Nov 2008
Hari yg ditunggu2.. Hari ni kami akan mula tinggal di rumah keluarga angkat kami masing2.
Jam6, kami packing barang2 then jam6.30 doa pagi.

Jam7.30 pagi, srapan pagi.
Jam8.00am. Perkenalan dengan keluarga angkat. Kami adik-beradik angkat dapat keluarga yg mewah juga oh. Mum angkat kami drive Persona bah di kampung tu.. Buleh2 juga walapun jalanraya dia teruk.

Jam9 tu lah kami kna bawa pi rumah masing2. Bila nampak rumah kluarga angkat , fuyoh, ada lagi VIVA satu oh.. Mewah diorang cni bah.

Tengahari tu, kami makan sama2. First time sy pimpin doa Makan secara spontan.. Ntah pa ja doa sy tu.. (Hehe..). Tapi xpa, yg penting ikhlas knun..


(Baru sampai di rumah trus minta makan... haha... yg berdiri la mama angkat kami)

Lpas makan, kami rehat then petang tu, jalan2 pi kasi makan ikan diorang.. Seberang sungai, makan rambutan (Paling banyak di kg ctu), then mandi-manda sampai kna hujan..

Malam2, tengok tv, makan, then kami buat Doa Rosari. Then tido... Simple aktiviti kami.


(Kami jalan pi kasi makan ikan lah.. Hehe...)


(Mo doa kang....)


(Ambil gambar dulu baru banyak berkat.... hehehe)


(Gambar dulu b4 mandi sungai... Nmpak tu d tangan sia.. Ada rambutan blum brapa masak)

Yang lain, ada yang p Mengomot sudah.. Diurang semangat knun bah.. Praise the Lord ada belia camtu....


Hari Keempat – 25 Nov 2008

Bangun pagi jam7, siap sedia coz ada Conffession untuk org2 kg then ada misa. Kami One Family pi sana lah. Guna dua kereta.. Persona and viva serentak coz ndah ckup tmpat. Lupa bagitau, kluarga kami tu ada 4 ahli, tambah kami 8 0rang lah smua. Satu kreta 4 orang.. Yg drive satu, anak mum angkat kami..


(Bergaya bah kreta Persona tu... haha)

Then di church pengakuan dan misa. Lepas habis misa, kami stay lagi di Chapel coz ada aktiviti untuk bebudak kg sana lagi.

(Belum dapat gambar aktiviti time ni...Nanti sia Update balik)

Kami menyanyi2 lagi, budak2 pun semangat mo menyanyi oh.. Syok tak terkata sudah..
Then ada pertandingan melukis untuk kanak2 sana..

Time tu, hujan2 lagi bah.. Kami habis aktiviti pun masih hujan renyai2 lag (kot lah tu..haha). Then balik p rumah masing2..

Di rumah, mandi, makan, tngk tv, then doa malam dan tido.. Haha.. Simple kan..


Hari Kelima – 26 Nov 2008

Hari ni keluarga kami ada merancang sama2 dgn keluarga2 laen pi Air Terjun Sg. Hatob.
Kawan2 kami yg laen pi singgah di rumah kami n tolong siapkan makanan untuk nanti di Air Terjun. Kami mo picnic juga bah knun tu.

Pagi2 tu, keluarga kami makan kuih pulutan (sy ada tulung masak juga oh).. Then datang diorang si kawan2, pi tolong kc habis.. Sedap bah kan.. haha

Then kami mulalah jalan, mungkin jam10 lebih sdah.. Meredah hutan, seberang sungai beberapa kali barulah sampai. Sia dengar ada juga yg tersesat sikit2.. Hehe.


(Gambar kenang-kenangan... huhu...)


(Mo buat pa kunun bola tu....)


Siapa yg first pi mandi? Tentulah AKU.. haha.. tapi sekejap ja, pastu berehat.. Lama juga kami mandi-manda. Kami makan, then ada yang dapat kura2@penyu@labi(tia pasti) lagi.. Dua ekor lagi tu. Hebat juga oh kan..

(Tukang kasi habis makanan... Rezeki bah.. haha) (Alamak... diorang ambil senyap2...)


(Ni lah kami...adik beradik angkat...)


(Atukoi...Penat mengukir batu ni...) (Sia pun ukir juga...)

Habis picnic knun2, kami balik, hujan pun turun. Kami mandi balik guna sabun, di sungai bawah rumah ja bah..

Rehat2 kejap, sy te’tido lagi di kusyen sbab pnat kan.
Jam6 kami dijadualkan balik pi Chapel & time 2 say good bye sama rumah yg kami tinggal. Pasni, kami akan tido di Chapel.

Jam7 baru kami kna hantar p Chapel oleh mum angkat kami, dia pun ragu2 bah mo hantar (dia ndah mo hantar bah sebenarnya, belum puas dgn karenah kami ni).. haha.. Walauapa2pun, akur juga dengan perintah si Lord, pengarah bah tu..

Di chapel, kami makan, banyak lagi tu, sampai perut overload.. haha
Malam tu jam8 ada doa fantasi bah, berbaring@ala2 tido punya sessi.

Kurang selesa juga mo baring coz penuh perut kan.. haha.. Tapi cuba menghayati juga, doa fantasi malam tu.. Sedih juga ni doa ni, ada yg nangis2.. Mengalir juga lah air mata skit2..
(Ikutlah BMK next year kalo mo tau tu Doa Fantasi macamna).

(Belum dapat gambar aktiviti time ni...Nanti sia Update balik)

Pas Doa Fantasi, kami buat Sharing atau kongsi2 pengalaman. Sia nda p sebab sia rasa blum ckup pengalaman lagi...hehe..

Then ada cabutan persembahan malam bakt, kami punya group dapat dikir barat.. asta... haha
Habis tu, Doa malam, n tido........zzZZ.



Hari Keenam – 27 Nov 2008
Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan madi.. Hoho.. C Lord semngat btul p mandi di Sungai jam5.30 pagi... Sejuk oh..

Macm biasa, kami srapan pagi.

Jam8, kami sedia2 untuk sesi 3 : Jalan Salib, sekitar tu kampung. Syok bah, sambil menghayati penderitaan Yesus oleh kerana doa Manusia, kami menghayati juga pemandangan sekeliling.
Diorang si Lord ni, time jalan salib, sempat lagi memetik sayur lombiding..(haha..sia ada makan juga yg sudah kna masak..)

(Belum dapat gambar aktiviti time ni...Nanti sia Update balik)

Habis Jalan Salib tu, kami reha2, then sharing lagi dan latihan malam bakat.

Jam12 makan t/hari. Pas makan, kami pi mandi-manda... Yeahh..
Punya dalam tu sungai. Tapi budak2 sana kan pakar2 berenang ni.. Time2 berenang pun ble kita menjadi rapat dengan orang laen bah. Baru ni yang budak2 sana p b’mesra2 dgn kami. Sia pun t’br’kenal lah dgn bebudak kg sna.

Habis tu..Jam2, aktiviti sesi 4 : Analisis Sosial. Aktiviti ni secara berkumpulan, and ada pembentangan lagi.



Jam3.30 knun, kami buat latihan malam bakat lagi then cabutan undi giliran persembahan. Kami giliran ke-4. Nasib juga.. hek..hek..

Petang tu kuat hujan, jadi air sungai pun jadi besar, si lord ndah kc benar p mandi sungai, nasib sudah mandi yg t/hari.. haha.. Yg laen terpaksa pi rumah urang ni, tumpang mandi..

Jam6 kami buat doa chaplet/rosario kerahiman ilahi, time tu baru sia tau ada juga doa macam tu.. (Mo tau? Cari di buku...hoho).

Lepas doa, kami pi makan, urang2 kg pun mula masuk di chapel sdah. Banyak juga diorang datang. Kami ramai malam tu.

Persembahan pertama tarian , ke2 muzik kreatif, ke3 pantun kreatif, ke4 fesyen (ntah pa tu tapi ada pondan..haha), ke5 dikir barat kami, ke6 Lakonan...

(Belum dapat gambar aktiviti time ni...Nanti sia Update balik)

Semua lucu2 ni.. Gembira oh malam tu.. Habis persembahan kami, budak2 pula ambil tempat.. Fuyoh, diorang pun hebat oh...

Habis smua tu, tiba masa Malam Perdamaian, dimana kami akan saling maaf-memaafkan antara satu sama lain, antara kawan n kawan, kekasih n kekasih, family, n semua lah.. Kna suruh ambil lilin untuk perdamaian. Sia tia pi ambil coz teda yg benar2 sia rapat kan n teda urang yg sy berdendam juga.

Mula2 peserta yg adik-beradik, kawan rapat, keluarga yg pi ambil lilin.. Pastu.. Kami semua pun ambil lilin lah juga.. Sy xda pi ambil lilin.. Sy tunggu urang laen ja.

Tapi, ada seorang budak ni (salah seorang adik angkat sana), yg jadi mcm adi sia sdah, p ambil n bagi lilin sama sia.. Oh..wow.. Touching juga lah.. Astaga, macam mo balik lagi ni p sana... Sia ingat tu sampai bila2 (sampai sia ilang ingatan lah baru lupa..haha).


(nah..ni dia sama sia ni.... )

Then ada juga kwan2, kakak2 p jumpa, n sy pi jumpa keluarga angkat sy. Sia nampak mum angkat sia mcm mum btul2 sia sdah.. Yg laen pun sy rasa camtu juga perasaan diorang tu.. kan? Mugkinkah? Haha..

Habis malam perdamaian, kami tdo. Yg laen ikut balik keluarga angkat p bermalam di rumah diorang. Tinggal kami ja skit2 di chapel.. Takpalah.. Kami syok jga bah malam tu.. Smpai jam1.30 baru tdo ni..


Hari terakhir – 28 Nov 2008
Bangun2 cm biasa p mandi.. P mandi sungai... Segar oh.. Walau sejuk, best juga.
Then packing barang2.. Sarapan pagi.

Jam8, reveal ‘Guardian Angel’(GA) sdah. Tibalah saat untuk mengetahui siapa kami punya Guardian Angel masing2.. Dapat tau GA kami, kami bagi hadiah.. Ada dua hadiah, so dapat juga lah beraneka hadiah.. Mo tau siapa GA sy? Tak disangka2 ni, pengarah program ini bah.. Asataga... si Lord.. Yang dua malam tdo d sbelah sy.. Mmng ndah prnah sa fikir pun GA sia si Lord..Haha..

Ada juga adik yang jadi Guardin Angel tu kepada abang sendiri.. Haha.. Nampak2 macam sama bentuk hadiah tu, dapat balik lah tu.. Haha..

Jam10, kami dah Ekarisiti Penutupan..
Lepas habis tu, makan sama2 untuk kali terakhirnya bersama penduduk kampung sana, bersama keluarga angkat and bersama adik-adik angkat. Walaupun setakat pangkat ‘angkat’ sahaja, namun kami semua semacam menjadi satu keluarga besar yg sangat erat, penuh kebahagiaan dan cintakasih.. Ambil gambar puas2, bersalam2an, n berpeluk2an..


(Ceria...ceria knun diorang begambar...) (Dgn adik angkat....)


(Ni sia tida tau oh...)


(Sama juga macam di atas gia ni...)


(Kambai..kambai dulu geng-geng sia... hoho....)


Habis makan, saat yang sedih2 ni, pura2 ndah sedih.. Kemas beg, angkat p letak di lori, kereta, and jalan dengan lambaian seribu kenangan.. Oh wow.. Sedih dii kopiyo? Haha..



(Pict terakhr dgn adik2 angkat sana....)


(Naik lori sdah diii....) (Diorang yg lain, naik hilux, mcm kami juga.... hoho)

Kereta jalan. Habislah Program BMK ke9 di Kg. Bundu Tohuri & Rikos..

Semoga kami dapat berjumpa lagi, bila2 masa dari sekrang!

Kesimpulannya
~BMK kali ni memang best.
~Penuh dgn cintakasih.
~Seperti sebuah keluarga yang besar
~Kenangan terindah
~Melayani dan dilayani
~Dan macam2 lagi... Rasailah sendiri.. BMK ke-10 2009!

(p/s Bejuta2 lagi bah gambar tmpt c lord...Nanti sia Update balik lah bila sdah dapat)

0 comments: