Sepanjang beberapa hari ni saya membaca dan terus membaca post2 orang lain mengenai isu ni. Sy dah search news2, article and so on.

Saya HAIRAN! Mengapa isu ini BARU muncul pada TAHUN lalu dan tahun INI? Yang saya tahu, orang2 kristian di Malaysia, atau kampung/daerah saya khususnya telah menggunakan "ALLAH" selain daripada "TUHAN" sepanjang "pray n worship" and so on.

Saya kurang pasti bila dan bagaimana "ALLAH" digunakan oleh orang2 kristian katolik di Malaysia. Tetapi yang saya pasti, perkataan "Allah" itu telah ada di dalam Alkitab sejak dahulu lagi semasa Bible diterjemahkan kepada bahasa Melayu/Indonesia.

Agaknya, isu ini telah diPOLITIKKAN. Mungkin memang benar? Siapa tahu.
Kementerian Keselamatan dalam Negeri telah melarang penggunaan "Allah" di dalam berita "The Herald". Dan Pemimpin2 Islam mengatakan bahawa hanya ISLAM yang boleh menggunakan nama "ALLAH". Mereka berkata bahawa jika penggunaan "kalimat ALLAH" diteruskan, ia akan meracuni & mengelirukan fikiran orang2 / generasi muda ISLAM.

Ada juga yang mengatakan bahawa, ia adalah MISI orang kristian untuk memperdayakan orang2 ISLAM! Bahawa KONONNYA Kristian mempunyai agenda tersembunyi yang tidak luput dari pandangan Islam, untuk menarik mereka kepada KRISTIAN.

Apa agenda Kristian? Cuma mereka sahaja yang terlalu KUAT & RAJIN sangat untuk berfikir2 benda2 yang BURUK!

Kami tidak pernah berdakwah secara terang2an, kerana itu pun tak boleh juga.
Orang2 yang MURTAD pun kerana DIRI mereka sendiri, diri mereka yang TERBUKA untuk masuk ke agama kristian.

Untuk pengetahuan kita, akhbar THE HERALD ni ada English, China, Tamil and BM(Last year). Akhbar INI HANYA EDARAN DALAM GEREJA, dan mungkin di Kedai2 Katolik. Jadi, mengapa takut Generasi Muda Islam terbaca & terkeliru mengenai "Allah" ini?

Dan saya SUNGGUH HAIRAN juga macammana orang2 Islam boleh membaca terbitan2 orang Kristian. Kan orang Islam dilarang sentuh benda2, bacaan2 Kristian? Saya tak pasti.

Yang saya pasti, orang2 Kristian sedang dicabar oleh dunia luar.
Dengan pembohongan & cerita2 yang tidak benar!

Takpalah. Saya xda mo tulis panjang lebar coz saya pun bukan ada masa sangat.
Saya harap, semua pihak BUKA HATI, BUKA MINDA, FIKIR BETUL2..

Saya tidak bermaksud untuk menentang Islam atau apa2 yang sewaktu dengannya.
Saya pun tahu yang KITA berada di NEGARA ISLAM, golongan minoriti.

Tapi satu sahaja, renung2kanlah, apa sebenarnya kita di muka bumi ini...lol..

1 comments:

On 22 Januari 2009 pada 2:42 PG , AngeL BeaR berkata...

besa la tuh...read the Daily Express today...one school kena bising sebab dia py design mcm 'christian institution'...scared of the building suda...